Thursday, December 30, 2010

Anda Mau rOti Basi?

lelOng! lelOng!
rOti Basi! rOti Basi!
jOm pakat rebut!
rOti Basi! rOti Basi!

Apakesni tuan blOg wat sales rOti basi?

Salam petang wahai blOgers! Mesti dOk pening macam mOmOy kan! Yeala dOk sibuk fikir pasal azam tahun baru (jangan marah yea puteri mOmOy), macam zue @ akak memang xpernah pasang niat tahun baru ni, hehehehehehe. sO sesambil dOk2 fikir azam tahun baru ni jOm la pekena rOti Basi dulu!

Ala, uOlss seme mesti dah sinOnim sangat kan ngan rOti basi ni, dari kecik sapa la besO, mkn rOti basi je kan! xsah tipu la. Sesiapa antara uOllss yang xpernah makan tu maksudnya;

 'Anda adalah Manusia yang tidak waras'

sO tanya pada diri, "waraskah aku"? mcm cikgu la plak. (mmg slalu apply KPLI, tp xpenah dpt, tu yang merOyan kat blOg tu) hehehehehe. Td dOk gOdek2 fb kak rugayah, tersOrOnOk plak mkn rOti basi kat situ, sO jadinya nk share la ngan adik2 @ abang2 @ kakak sekalian, ni adalah antara hidup kita!

life gOes On
life is abOut making a decisiOn
if yOu fail tO plan
yOu are plan tO fail

sO marilah kita mulakan langkah dan strategi kita

1. Seiri (tidiness)  

Tengok disekitar hidup, diri, rumah, bilik dan meja kita. Buangkan dan ketepikan semua perkara yang tidak berkaitan dengan hidup kita. Begitu juga meja kita asingkan perkara-perkara yang tidak berkaitan; surat yang lama-lama, kat jemputan kawin, resit beli barang yang dah habis tempoh jaminan, mainan anak dan apa saja yang tidak ada kaitan dengan kerja-kerja kita. Bula wallet/purse kita; tiket bas yang dah expired, resit tol, nota atau catatan yang tak tahu untuk apa dan lain-lain, buangkan semuanya. Apa yang ada dalam fikiran kita?? Apa yang tidak perlu kita fikirkan sekarang ini, lupakan saja.

2. Seiton (orderliness) 

Susun kehidupan kita, meja kita, fikiran kita. Tengok apa yang utama dan kurang utama. Perkara utama ialah perkara-perkara yang mendekatkan kita dengan halatuju kita. Perkara yang kurang utama ialah perkara yang sering mengendalakan perjalan kita, mungkin perlu tetapi ala kadar. Perhatikan perkara-perkara yang'urgent' untuk kita dahulukan. Ya, dalam semua hal, cara kita berbelanja, cara kita menghabiskan masa dan sebagainya... beri keutamaan untuk perkara-perkara yang penting dan segera.

3. Seiso (Cleanliness) 

Bersihkan rumah kita, bilik dan meja kita...biar nampak bersih dan menyelerakan sertan mententeramkan jiwa. Buangkan segala keraguan dalam fikiran kita, kekecewaan dalam hati kita. Lupakan segala kerungsingan dalam fikiran kita 'kerungsingan yang menambah kerungsingan', lupakan keinginan-keinginan yang tak penting atau hobi-hobi yang mahal dan buang masa 'kita tak ada masa untuk buang masa'.



4. Seikitsu (Standardization)

Tentukan prinsip hidup kita, bina nilai-nilai pada diri kita, tentukan kualiti rumah, ruang kerja dan keterampilan diri kita. Bina imej dan brand untuk kehidupan kita. Ya, kita ada kualiti dalam berfikir dan bertindak. Kita ada standard yang perlu kita penuhi.

5. Shitsuke (Dicipline) 

Bangunkan komitmen kita terhadap apa yang kita putuskan dan rancangkan. Tingkatkan komitmen kita dengan masa dan tanggunjawab kita. "Masa adalah kehidupan", jangan biarkan kehidupan kita disia-siakan begitu saja. Laksanakan peranan dan tanggungjawab kita dengan penuh disiplin: Kita adalah diri kita, kita adalah anak dan juga ayah/ibu, kita adalah anggota masyarakat dan kita juga adalah hamba Allah SWT. Semuanya akan ditanya di Akhirat nanti, semuanya adalah kewajiban yang perlu dilaksanakan dalam masa yang terhad ini.


Ayuh! Kita mulakan hari baru kita di saat ini. Nak tunggu pagi esok??? Sedarlah diri! Sudah berapa kali kita menipu diri kita sendiri; dulu kata nak tunggu habis bulan, masuk ramadhan, lepas raya dan sekarang dah nak habis tahun, adakah kita masih ingin bertangguh? Mungkin esok adalah hari ajal kita datang menjemput.



Oleh : Abu Umar
dicOpy : dari fb kak rugayah



Haaa, kan dah dapat makan rOti basi free! suka x, jOm la kita pakat muhasabah diri n memOtivasikan diri tOk tahun baru ni yea!




3 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...[Reply to comment]

comelnyer anak ayam tu. hehe....gedik2 jer

Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA !!

MY RECENT POST: Jom Kenal KHAIRUL FAHMI CHE MAT Yang Encem

z.u.n.a.i.d.a said...[Reply to comment]

@.::: Princess MOMOY :::.

aii amy tengOk anak ayam jer ke? hehehehehe, tu la gediks kan!akakakaka

amy prasan x nape bnyk sangat nombor kat bwh tu, cmane nk buang ek?

.::: Princess MOMOY :::. said...[Reply to comment]

nanti emy tunjuk kat office macam mana nak buang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...